DUNIA ISLAM MASA KINI
SEMENJAK Islam diturunkan oleh Allah SWT sebagai panduan dan cara hidup bagi seluruh umat manusia, Islam berkembang pesat terutamanya sejak penubuhan kerajaan Islam yang pertama berpusat di Madinah Al-Munawwarah. Bermula dari itu, Islam terus berkembang di seluruh dunia meliputi Asia, Eropah mahupun di benua Amerika.
Dunia Islam bermaksud tempat-tempat yang dihuni atau diperintah oleh umat Islam dan perkembangannya yang berlaku semenjak dari zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah ke hari ini sama ada dari sudut politik, ekonomi dan sosial.
Ia juga membawa erti tempat bermulanya atau bertapaknya ketamadunan Islam, perkembangannya berserta evolusinya yang memberi kesan ataupun pengaruh kepada masyarakat setempat, sosiobudaya dan cara hidup yang bernaung di bawah ajaran agama Islam.
Dalam konteks hari ini, maksud Dunia Islam adalah lebih universal ataupun menyeluruh. Ia tidak hanya seperti apa yang telah di sebutkan sebelum ini tetapi ia juga meliputi isu-isu yang bersangkutan dengan umat Islam dan tanah airnya seperti penjajahan dan kezaliman ke atas Palestin dan rakyatnya, isu Kashmir dan juga isu komuniti minoriti umat Islam yang tinggal di negara-negara bukan Islam seperti di India, Sri Lanka, China, benua Eropah, benua Amerika dan lain-lain lagi.

Realiti Dunia Islam telah melalui perubahan yang begitu drastik dan cepat sejak dari zaman permulaan Islam iaitu dari zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah ke hari ini. Mekah menjadi titik permulaan perkembangan Islam sehinggalah negara Islam pertama ditegakkan di Madinah Al-Munawwarah. Maka seterusnya berkembanglah Dunia Islam di zaman kerajaan Islam Umayyah, Abbasiyah, Mamalik dan Uthmaniyyah.
Ketika wafatnya Rasullah S.A.W, Dunia Islam bertapak serta berkembang meliputi keseluruhan wilayah Semenanjung Arab yang hari ini ialah Arab Saudi, Yaman, Bahrain, Oman, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
CREDIT TO: HARAKAH DAILY