Nabi Muhammad dijemput untuk tinggal di Madinah oleh penduduk Madinah. Rasulullah menerima jemputan tersebut dan telah berhijrah ke Madinah.
Terdapat dua golongan penduduk terbesar di Madinah iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab islam terdiri dari kaum Aus dan Khazraj yang digelar sebagai Ansar manakala orang Quraisy yang berhijrah dari Mekkah pula digelar Muhajirin. Aus dan Khazraj sentiasa berselisih faham antara mereka. Manakala Muhajirin pula terlalu mikin kerana telah dihalau dari kampung halaman mereka. Dan orang-orang Yahudi sentiasa bermusuh dengan Rasul dan sentiasa menghasut untuk menkhianati Rasul. Bagi menenteramkan keadaan tersebut, Nabi telah membuat perjanjian dengan penduduk Madinah yang dikenali sebagai Piagam Madinah.
ISI KANDUNGAN PIAGAM MADINAH
- Rasulullah sebagai ketua negara
- Penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummah
- Semua penduduk bertanggungjawab mempertahankan negara
- Wahyu sebagai sumber piagam
- Kebebasan mengamalkan agama
- Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi perlembagaan tersebut

No comments:
Post a Comment