Sunday, September 1, 2019


DUNIA ISLAM MASA KINI





SEMENJAK Islam diturunkan oleh Allah SWT sebagai panduan dan cara hidup bagi seluruh umat manusia, Islam berkembang pesat terutamanya sejak penubuhan kerajaan Islam yang pertama berpusat di Madinah Al-Munawwarah. Bermula dari itu, Islam terus berkembang di seluruh dunia meliputi Asia, Eropah mahupun di benua Amerika.
Dunia Islam bermaksud tempat-tempat yang dihuni atau diperintah oleh umat Islam dan perkembangannya yang berlaku semenjak dari zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah ke hari ini sama ada dari sudut politik, ekonomi dan sosial.
Ia juga membawa erti tempat bermulanya atau bertapaknya ketamadunan Islam, perkembangannya berserta evolusinya yang memberi kesan ataupun pengaruh kepada masyarakat setempat, sosiobudaya dan cara hidup yang bernaung di bawah ajaran agama Islam.
 
Dalam konteks hari ini, maksud Dunia Islam adalah lebih universal ataupun menyeluruh. Ia tidak hanya seperti apa yang telah di sebutkan sebelum ini tetapi ia juga meliputi isu-isu yang bersangkutan dengan umat Islam dan tanah airnya seperti penjajahan dan kezaliman ke atas Palestin dan rakyatnya, isu Kashmir dan juga isu komuniti minoriti umat Islam yang tinggal di negara-negara bukan Islam seperti di India, Sri Lanka, China, benua Eropah, benua Amerika dan lain-lain lagi.
Realiti Dunia Islam telah melalui perubahan yang begitu drastik dan cepat sejak dari zaman permulaan Islam iaitu dari zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah ke hari ini. Mekah menjadi titik permulaan perkembangan Islam sehinggalah negara Islam pertama ditegakkan di Madinah Al-Munawwarah. Maka seterusnya berkembanglah Dunia Islam di zaman kerajaan Islam Umayyah, Abbasiyah, Mamalik dan Uthmaniyyah.
Ketika wafatnya Rasullah S.A.W, Dunia Islam bertapak serta berkembang meliputi keseluruhan wilayah Semenanjung Arab yang hari ini ialah Arab Saudi, Yaman, Bahrain, Oman, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).


CREDIT TO: HARAKAH DAILY

PEMBUKAAN KOTA MEKAH





Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Pembukaan Kota Mekah (bahasa Arabفتح مكةFathu Makkah) bermaksud pembebasan Kota Mekah daripada pengaruh, amalan & cengkaman jahliyah. Sebelum Mekah dikuasai oleh Islam, ia berfungsi sebagai pusat penyembahan berhala dan lain-lain amalan tradisi masyarakat Arab jahiliyah.
Setelah lapan tahun berhijrah ke MadinahMuhammad beserta 10.000 pasukan tentera Islam kembali dan menguasai Mekah secara keseluruhan, sekaligus menghancurkan berhala yang ditempatkan di dalam dan sekitar Kaabah pada 10 Ramadan 8 H bersamaan Januari 630 M [1].

Latar belakang

Mengikut catatan sejarah, setelah Perjanjian Hudaibiyahditandatangani pada tahun keenam hijrah (628 M), Islam berkembang dengan meluas. Hal ini telah menyebabkan masyarakat Quraisyberasa iri hati. Mereka juga telah membantu Bani Bakar untuk menyerang Bani Khuzaáh yang memberikan kesetiaan kepada Muhammad.
Apabila Muhammad mendapat tahu hal ini, lalu baginda bersama-sama 10,000 orang tentera Islam terus menuju ke Mekah. Dalam perjalanan, tentera Islam telah bermalam di 'Marun zahrán', Muhammad mengarahkan tentera Islam supaya mendirikan khemah dan menyalakan obor api yang banyak untuk menggerunkan masyarakat Quraisy. Muhammad juga telah mengutus Abbas bin Abdul Mutalib untuk berunding dengan Abu Sufyan.
Untuk memasuki kota Mekah Muhammad memerintahkan tentera Islam supaya berpecah kepada empat kumpulan dan memasuki Mekah melalui empat penjuru. Mereka juga diminta supaya tidak melakukan kekerasan atau pembunuhan kecuali apabila terpaksa. Namun, pertempuran hanya berlaku di selatan Mekah dan telah mengorbankan dua orang tentera Islam dan tiga belas orang masyarakat Quraisy.
Setelah memasuki Mekah, Muhammad melakukan tawaf, mencium Hajar Aswad dan memusnahkan berhala yang terdapat di sekeliling Kaabah. Baginda juga memasuki Kaabah dan mencuci dinding Kaabah dengan air zam-zam. Selain itu, baginda memaafkan dan membebaskan penduduk Mekah yang pernah menentang Islam.


DUNIA ISLAM MASA KINI SEMENJAK  Islam diturunkan oleh Allah SWT sebagai panduan dan cara hidup bagi seluruh umat manusia, Islam be...